PENGIKLANAN STRATEGIK: JENAMA GLOBAL DI MALAYSIA
Author : Mohd Helmi Abd. Rahim, Maizatul Haizan Mahbob & Wan Idros Wan Sulaiman Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Globalisasi telah mewujudkan saling kebergantungan budaya dan negara di seluruh dunia. Dalam konteks pengiklanan, globalisasi telah mempengaruhi identiti budaya sesebuah negara melalui penggunaan jenama global. Jenama global dilihat pada konteks satu barangan yang mempunyai jenama, rekabentuk dan strategi kreatif pengiklanan yang sama dan beroperasi seolah-olah hanya terdapat satu pasaran sahaja di dunia. Perbezaan antara negara dan budaya telah diketepikan dengan alasan pengguna di seluruh dunia dimotivasi oleh keinginan dan kehendak yang sama. Pandangan ini telah menggerakkan perbahasan antara disiplin yang hebat di kalangan advokator, ahli akademik, malah pengiklan dan pengamal pengiklanan. Mereka berpendapat bahawa pengiklanan konsep Barat telah membawa pengaruh yang menjejaskan identiti budaya sesebuah negara. Dalam menang...